Friday, May 07, 2010

Coretan Perundung Hiba..

kelam ku...gelap ku..
aku tidak tahu akan langkah ku...
aku tidak tahu akan hidup ku..

Tidakku menduga akan ia terjadi, ku sangka ia mimpi namun ternyata pipiku sakit bila di cubit.
lidah ku kelu. Menangis jiwa ku tanpa ku duga. Kini adakah yang ada didepan ku hanya wayang semata-mata. Hebat mereka yang bermain bercerita dongeng itu. Seperti syaitan bertopengkan malaikat mengaburi mata hati ku

Kini aku menangis dalam hilai tawa.
Kini aku mejerit sakit dalam keriangan.
Kini aku kesedihan dalam kegembiraan.
Kini aku hanya berpura-pura bahagia.

aku mendengar sesuatu yang ku tidak mahu dengar,
aku ketahui sesuatu yang selama ini ku takut tahu,
ingin ku pekakkan telinga...ingin ku butakan mata,
namun aku masih mendengar aku masih mengetahui.

Benar kata lemony Snicket dimana kehidupan ini ibarat sebuah kolam yang tenang, jika dicampakan kedalamnya sesuatu yang kecil seperti batu kerikir yang kecil. Bulatan geombang kocakkanya akan pergi tersebar keseluruh kolam, dimana ia akan merubah seluruh kehidupan, kali ini buka kerikir yang dilemparkan tetapi batu bata yang keras lagi besar. bukan sahaja bakal merubah tapi menyakitkan.

permainan ini sungguh berat bagi ku..
tidak sanggup aku bermain kerana ia akan mengecewakan
tidak ku sanggup insan ku sayang menitiskan lagi air matanya
tidak ku sanggup permata sinar hidupku kembali berduka

aku cuma ingin dia bahagia
aku tidak lagi ingin derita

Ya Allah, engkau tuhan yang ESA
Engkau maha berkuasa, Engkau lenyapkanlah segala perasangka ku,
Engkau kembalikan lah milik kami dan Engkau lenyapkanlah masalah kami
Engaku hilang derita dan kembalikan senyuman kami

Ya Allah, Aku berlindung mu,
Aku mengharap belas ehsaan MU..
Jangan Engkau biarkan ia musnah,
Jangan pula Engkau biarkan kami terus menderita.

Sesunguh nya kami hamba mu yang lemah,
mudah digoda oleh iblis yang Engkau laknat itu,
Engkau selamatkan mereka
kerana Engkau tuhan yang berkuasa.

Sunday, April 04, 2010

masa dan angka 3...

masa berlalu bagai air mengalir tidak henti..
meredah segala nya...
tidak boleh diputus dan tidak mampu kita menyongsangkan aliranya itu

pepatah :
mengatakan masa itu emas(tapi ada juga tidak menghargai nilai emas itu..)

masa itu ibarat pedang yang tajam...jika kita tidak mengunakan ia sebaek mungkin...pedang itu akan menghunus kepala kita....


cerita ku bermula dengan langkah ternganga tidak tahu...
engak tahu apa itu tempat ku tuju...
tidak tahu cerita yang bakal tercorek disitu...
kanvas cerita itu ku lakar satu persatu...

lukis dan lakaran itu mula menampakkan rupa...
kanvas putih itu mula diwarnai pelbagai cerita...
suka duka kisah kenangan ku itu beragam beraneka
sebak gumbira hiba tawa segala ku rasa.

merangkak kisah ku berlagu.
memainkan melodi indah setiap not cerita..
masa mula ia mula berlagu..
kini masa itu berlalu pergi ketika aku mula menikmati..

masa itu mencumburi kita..
detik-detik dilalui kini kian tamat dirasa..
kenangan kita kini berada dipenhujungnya...
abadikan ia didalam memory kita semua...

tiga tahun aku di sini...enam penggal aku menanti...
kini aku berada di penghujung jalan yang dilalui...
kini hanya tinggal 3 hari untuk ku abdikan memori ini..
setelah 3tahun kini tinggal 3hari...

aku pasti merinduinya kembali....



....UMT is no longer U-empty.....
....UMT is university memory to remember...

3 tahun dahulu aku datang dengan perasaan yang tidak tahu apa..perasaan yang kelam..
kini tinggal 3hari...setelah 3 tahun aku perolehi perjuta ingatan..pengalaman.. ilmu pengetahuan..dan juga kenangan ku...

....ketika post ini ditulis...aku akan meninggalkan UMT dalam masa 3hari lagi....

Saturday, April 03, 2010

no post..

apakah yang patut aku post-kan??
adakah blog ini dibace?
adakah blog ini bermotif?.
adakah penulisanku ini tentang sesuatu itu??.....


aku hanya ingin melakar pekara dibenak akal fikir ku..
aku hanya ingin bicara tentang sesuatu..
aku hanya ingin melorekkan ceritaku..
aku hanya ingin menulis kisah itu..


apakah tujuan ku?
apakah kemahuan ku.
apakah keinginan minda ku?
apakah yang ada di dalam benak fikir ku?


"..bukalah minda anda...tanya lah hati..."
jangan lah engkau membenarkan kebodohan itu.



p/s: untuk apa pula penulisan mu itu?...semua itu  mengarut..