Friday, March 26, 2010

...langkah yang satu....


satu tujuan...
satu impian...
suka atau tidak...
kita berdiri dipintu itu..
ada berDiri meGah...ada berDiri hiba...
ada yang tidak tahu untuk APA...

impian yang satu didukung oleh langkah 80...
angan-angan berjuta cuba dirialisasi oleh yang 80 itu..
aku mengenali mereka satu demi satu bermula dengan nama daku..
mengorak menyemai seribu pautan berjuta ingatan....
impian mereka meninggi bukan kepalang...
bagai mengapai bintang berkelipan..

namun dalam 80 langkah itu...
ada yang berpatah berpaling tadah..
belum sempat aku kenali ada yang pergi..
walau bergitu langkah tetap bergembira berirama..
berlagu kasih riang hati mula bersatu kearah yang dituju,,,

langkah itu menjad bertukar sukar..
kerana ada mereka melangkah aku juga melangkah..
antara kita mula tergigit lidah dalam bersama mengorak dunia..
ada yang mula menjadi duri ada yang api..
namun begitu kita tetap masih disini..

hiba tawa dan tangis mula menjelma..
engkau dan dia mula tidak lagi bersama..
kini ada yang putus asa tidak mampu meneruskan usaha..
langkah mereka ada yang terhenti kerana nestapa..
ada menukar langkah, lagi tidak bersama kita..
namun bersyukur kerana mereka tidak lupa rakan lama...

kini hanya tinggal kita bersama-sama penghujung jalan..
kini ada pula yang mula membuat aku hiba..
kini ada pula yang mula bersengketa...
kini ada pula yang mula menimbulkan angkara..
kini aku dalam dilema perasangka...
masih adakah langkah yang awal itu?...
engkau fikirkan lah...

Segala benak otak fikiran ku di rangkul keluar..
putar dan ingat sejenak langakah mula..langkah bersama...
aku ingin kita semua kembali seperti dulu...
melangkah..berlari bergumbira takala duka nestapa..
aku tau engkau dan dia masih ada perasaan cinta...
imbas kembali langkah kita bersama....

kini kita dipenghujung titian jalannan...
ada berusaha ada maseh leka dibuai mimpi lama..
namun bersama kita mendaki puncak ingin mengapai awan..
menjadi kapas gula manisan bersama kita merasa nikmatnya..
detik mula dirasa bersama, masa ibarat memecah jiwa..
ada masih sedah akan curiga dunia...ada masih menungu hikayat purbakala..

Pertarungan akhir bermula disini..
ada mula persiapan pada rangkap kelima..
ada pula leka hingga pada baris akhir puisi ini...
dari 80 langkah awal...hanya 67 berada dipertarungan kemuncak..
pertarungan yang tidak seperti epik cerita dongeng dahulu...
kali ini cerita berbeza..ada yang menyerah sebelum turun di medan..
ada pula tidak dapat membawa pendang atau perisai mereka..

beRita ku terima dengan linangan air mata..
kala aku gumbira aku menangis hiba...
kala aku bersama mereka yang menuju garisan penamat dalam langkah itu..
mereka pula yang tersekat pada langkah menuju destinasi yang sama...
perjuangan mereka belum berakhir cuma mereka lewat tiba di destinasi yang sama
hiba lihat..terpancar kekecewaan mereka..kala mereka cuba ketawa.. 
...aku berduka kala mereka juga berduka..

,,,janji ku pada kamo yang akan ku setia menunggu kamo semua...
...Disinggah sana aku menanti kehadiran mu....
...jangan diratapi kisah satu ini...

...kenang kembali kasih pernah bersemi..
...walau langkah itu diperlahankan...
...walau langkah itu dihentikan...
...walau langkah itu terhenti..


.....kisah kau dan aku akan kekal sampai bila-bila...


...tukang karut..

p/s: setelah 3hari karang... penutup kurang menjadi menjadi...sebarang komen dialu-alu kan....

Wednesday, March 24, 2010

puisi karut B.O.D.O.H....


bodohkah aku?...

bebalkah aku?...

cubalah bangun cubalah melihat..

perlakuan meraka kelihatan sihat

cuba gembira cuba ketawa..

tapi aku tahu engkau tangis kecewa...

bermula hanya secebis lukisan dunia..

tolak tarik pada tali pegangan...

secara purata secara nisbah..

mengukur diri tanpa neraca..

mampukah ia menampung berat derita..

aku nestapa dalam berjaya...

cuba merawan hati yang terluka...

engkau gembira takala ghobar...

menyembunyikan hati yang sedang menjerit pilu..

meratap menyembah kebodohan diri..

melihat dunia segak berputar..

aku gila sengal kebebalan..

tanya dunia namun ku digelakkan...

aku melihat kala bolor..

takala kita semua merah telinga...

kita lupa pada hakikat dunia...

kita tidak lagi melihat..

sebenak aku melihat dunia...

ahmak-nya rasa diri ku didunia...



tukang_karut
..........................

Istilah diambil berdasarkan dewan bahasa dan pustaka..edisi ke-4...