Monday, December 20, 2010

update?
bilakah mau di update blog tukang karut nie?
kenapa diam sahaja tukang karut nie?
dimanakah pergikah sipengarut itu?.
hilang kemanakah dia?
mengapa diam?
siapa?


*tunggu la walau beribu batu..walau bertahun zaman..walau berkurun hari..walau berjuta detik...@_@!!

Monday, June 07, 2010

too far to look...too close to see...

you may try to look but you will never see .
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
you may try to see but you will never found
-
-
-
-
-
-
-
you will pray to be blind and never see again.




Monday, May 24, 2010

Bicara tentang Sesuatu.

dalam cerah tidak penah ku celik
kini bila buta ku cuba pula melihat.

xoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxo

Cuba melihat dari mata tidak memandang.
Impian dicipta setelah harapan dimusnahkan..
Nan pagi ini dah dicari ketika gelap gelita...
Telaga biru kontang dikuis air yang sudah hilang.
Ada cerita tentang sesuatu yang memungkinkan..
kata bicara tersirat dalam nukilan cerita...

x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x

Friday, May 07, 2010

Coretan Perundung Hiba..

kelam ku...gelap ku..
aku tidak tahu akan langkah ku...
aku tidak tahu akan hidup ku..

Tidakku menduga akan ia terjadi, ku sangka ia mimpi namun ternyata pipiku sakit bila di cubit.
lidah ku kelu. Menangis jiwa ku tanpa ku duga. Kini adakah yang ada didepan ku hanya wayang semata-mata. Hebat mereka yang bermain bercerita dongeng itu. Seperti syaitan bertopengkan malaikat mengaburi mata hati ku

Kini aku menangis dalam hilai tawa.
Kini aku mejerit sakit dalam keriangan.
Kini aku kesedihan dalam kegembiraan.
Kini aku hanya berpura-pura bahagia.

aku mendengar sesuatu yang ku tidak mahu dengar,
aku ketahui sesuatu yang selama ini ku takut tahu,
ingin ku pekakkan telinga...ingin ku butakan mata,
namun aku masih mendengar aku masih mengetahui.

Benar kata lemony Snicket dimana kehidupan ini ibarat sebuah kolam yang tenang, jika dicampakan kedalamnya sesuatu yang kecil seperti batu kerikir yang kecil. Bulatan geombang kocakkanya akan pergi tersebar keseluruh kolam, dimana ia akan merubah seluruh kehidupan, kali ini buka kerikir yang dilemparkan tetapi batu bata yang keras lagi besar. bukan sahaja bakal merubah tapi menyakitkan.

permainan ini sungguh berat bagi ku..
tidak sanggup aku bermain kerana ia akan mengecewakan
tidak ku sanggup insan ku sayang menitiskan lagi air matanya
tidak ku sanggup permata sinar hidupku kembali berduka

aku cuma ingin dia bahagia
aku tidak lagi ingin derita

Ya Allah, engkau tuhan yang ESA
Engkau maha berkuasa, Engkau lenyapkanlah segala perasangka ku,
Engkau kembalikan lah milik kami dan Engkau lenyapkanlah masalah kami
Engaku hilang derita dan kembalikan senyuman kami

Ya Allah, Aku berlindung mu,
Aku mengharap belas ehsaan MU..
Jangan Engkau biarkan ia musnah,
Jangan pula Engkau biarkan kami terus menderita.

Sesunguh nya kami hamba mu yang lemah,
mudah digoda oleh iblis yang Engkau laknat itu,
Engkau selamatkan mereka
kerana Engkau tuhan yang berkuasa.

Sunday, April 04, 2010

masa dan angka 3...

masa berlalu bagai air mengalir tidak henti..
meredah segala nya...
tidak boleh diputus dan tidak mampu kita menyongsangkan aliranya itu

pepatah :
mengatakan masa itu emas(tapi ada juga tidak menghargai nilai emas itu..)

masa itu ibarat pedang yang tajam...jika kita tidak mengunakan ia sebaek mungkin...pedang itu akan menghunus kepala kita....


cerita ku bermula dengan langkah ternganga tidak tahu...
engak tahu apa itu tempat ku tuju...
tidak tahu cerita yang bakal tercorek disitu...
kanvas cerita itu ku lakar satu persatu...

lukis dan lakaran itu mula menampakkan rupa...
kanvas putih itu mula diwarnai pelbagai cerita...
suka duka kisah kenangan ku itu beragam beraneka
sebak gumbira hiba tawa segala ku rasa.

merangkak kisah ku berlagu.
memainkan melodi indah setiap not cerita..
masa mula ia mula berlagu..
kini masa itu berlalu pergi ketika aku mula menikmati..

masa itu mencumburi kita..
detik-detik dilalui kini kian tamat dirasa..
kenangan kita kini berada dipenhujungnya...
abadikan ia didalam memory kita semua...

tiga tahun aku di sini...enam penggal aku menanti...
kini aku berada di penghujung jalan yang dilalui...
kini hanya tinggal 3 hari untuk ku abdikan memori ini..
setelah 3tahun kini tinggal 3hari...

aku pasti merinduinya kembali....



....UMT is no longer U-empty.....
....UMT is university memory to remember...

3 tahun dahulu aku datang dengan perasaan yang tidak tahu apa..perasaan yang kelam..
kini tinggal 3hari...setelah 3 tahun aku perolehi perjuta ingatan..pengalaman.. ilmu pengetahuan..dan juga kenangan ku...

....ketika post ini ditulis...aku akan meninggalkan UMT dalam masa 3hari lagi....

Saturday, April 03, 2010

no post..

apakah yang patut aku post-kan??
adakah blog ini dibace?
adakah blog ini bermotif?.
adakah penulisanku ini tentang sesuatu itu??.....


aku hanya ingin melakar pekara dibenak akal fikir ku..
aku hanya ingin bicara tentang sesuatu..
aku hanya ingin melorekkan ceritaku..
aku hanya ingin menulis kisah itu..


apakah tujuan ku?
apakah kemahuan ku.
apakah keinginan minda ku?
apakah yang ada di dalam benak fikir ku?


"..bukalah minda anda...tanya lah hati..."
jangan lah engkau membenarkan kebodohan itu.



p/s: untuk apa pula penulisan mu itu?...semua itu  mengarut..



Friday, March 26, 2010

...langkah yang satu....


satu tujuan...
satu impian...
suka atau tidak...
kita berdiri dipintu itu..
ada berDiri meGah...ada berDiri hiba...
ada yang tidak tahu untuk APA...

impian yang satu didukung oleh langkah 80...
angan-angan berjuta cuba dirialisasi oleh yang 80 itu..
aku mengenali mereka satu demi satu bermula dengan nama daku..
mengorak menyemai seribu pautan berjuta ingatan....
impian mereka meninggi bukan kepalang...
bagai mengapai bintang berkelipan..

namun dalam 80 langkah itu...
ada yang berpatah berpaling tadah..
belum sempat aku kenali ada yang pergi..
walau bergitu langkah tetap bergembira berirama..
berlagu kasih riang hati mula bersatu kearah yang dituju,,,

langkah itu menjad bertukar sukar..
kerana ada mereka melangkah aku juga melangkah..
antara kita mula tergigit lidah dalam bersama mengorak dunia..
ada yang mula menjadi duri ada yang api..
namun begitu kita tetap masih disini..

hiba tawa dan tangis mula menjelma..
engkau dan dia mula tidak lagi bersama..
kini ada yang putus asa tidak mampu meneruskan usaha..
langkah mereka ada yang terhenti kerana nestapa..
ada menukar langkah, lagi tidak bersama kita..
namun bersyukur kerana mereka tidak lupa rakan lama...

kini hanya tinggal kita bersama-sama penghujung jalan..
kini ada pula yang mula membuat aku hiba..
kini ada pula yang mula bersengketa...
kini ada pula yang mula menimbulkan angkara..
kini aku dalam dilema perasangka...
masih adakah langkah yang awal itu?...
engkau fikirkan lah...

Segala benak otak fikiran ku di rangkul keluar..
putar dan ingat sejenak langakah mula..langkah bersama...
aku ingin kita semua kembali seperti dulu...
melangkah..berlari bergumbira takala duka nestapa..
aku tau engkau dan dia masih ada perasaan cinta...
imbas kembali langkah kita bersama....

kini kita dipenghujung titian jalannan...
ada berusaha ada maseh leka dibuai mimpi lama..
namun bersama kita mendaki puncak ingin mengapai awan..
menjadi kapas gula manisan bersama kita merasa nikmatnya..
detik mula dirasa bersama, masa ibarat memecah jiwa..
ada masih sedah akan curiga dunia...ada masih menungu hikayat purbakala..

Pertarungan akhir bermula disini..
ada mula persiapan pada rangkap kelima..
ada pula leka hingga pada baris akhir puisi ini...
dari 80 langkah awal...hanya 67 berada dipertarungan kemuncak..
pertarungan yang tidak seperti epik cerita dongeng dahulu...
kali ini cerita berbeza..ada yang menyerah sebelum turun di medan..
ada pula tidak dapat membawa pendang atau perisai mereka..

beRita ku terima dengan linangan air mata..
kala aku gumbira aku menangis hiba...
kala aku bersama mereka yang menuju garisan penamat dalam langkah itu..
mereka pula yang tersekat pada langkah menuju destinasi yang sama...
perjuangan mereka belum berakhir cuma mereka lewat tiba di destinasi yang sama
hiba lihat..terpancar kekecewaan mereka..kala mereka cuba ketawa.. 
...aku berduka kala mereka juga berduka..

,,,janji ku pada kamo yang akan ku setia menunggu kamo semua...
...Disinggah sana aku menanti kehadiran mu....
...jangan diratapi kisah satu ini...

...kenang kembali kasih pernah bersemi..
...walau langkah itu diperlahankan...
...walau langkah itu dihentikan...
...walau langkah itu terhenti..


.....kisah kau dan aku akan kekal sampai bila-bila...


...tukang karut..

p/s: setelah 3hari karang... penutup kurang menjadi menjadi...sebarang komen dialu-alu kan....

Wednesday, March 24, 2010

puisi karut B.O.D.O.H....


bodohkah aku?...

bebalkah aku?...

cubalah bangun cubalah melihat..

perlakuan meraka kelihatan sihat

cuba gembira cuba ketawa..

tapi aku tahu engkau tangis kecewa...

bermula hanya secebis lukisan dunia..

tolak tarik pada tali pegangan...

secara purata secara nisbah..

mengukur diri tanpa neraca..

mampukah ia menampung berat derita..

aku nestapa dalam berjaya...

cuba merawan hati yang terluka...

engkau gembira takala ghobar...

menyembunyikan hati yang sedang menjerit pilu..

meratap menyembah kebodohan diri..

melihat dunia segak berputar..

aku gila sengal kebebalan..

tanya dunia namun ku digelakkan...

aku melihat kala bolor..

takala kita semua merah telinga...

kita lupa pada hakikat dunia...

kita tidak lagi melihat..

sebenak aku melihat dunia...

ahmak-nya rasa diri ku didunia...



tukang_karut
..........................

Istilah diambil berdasarkan dewan bahasa dan pustaka..edisi ke-4...

Saturday, January 23, 2010

Bagaimanakah...part 2...

Bagaimanakah untuk mengelak jadi ..BODOH....

Berikut adalah tip-tip mengelak menjadi BODOH:...

1 : Berfikir secara matang bukan secara binatang....

2 : Otak ader guna pakai..bukan jadi perhiasan atau mahkota yang tak nampak...

3 : Dua bijik mata...Dua helai telinga..Dua buah tangan...Dua cupak kaki...Dua gantang lobang idung...Dua telur separuh masak @ Dua kilang oVari(18sx).....SATU MULUT....(fikirkan lah...)

4 : Orang pakai helmet dikepala...bukan lutut...

5 : Hidup mestilah Rukun...seMoga berBahagia....(bak kate saloma....)

p/s: nie aku pikir sendiri melalui pembacaan aku...jikalau anda tidak faham...sila contact PA aku di talian.. 1-800-88-kepala otak ko....

+x+x+x+x+x+

layankan lagu OAG - BeautiFOOL

i would love to give u everything every tone every tune
n i would fall if u wont stop pushing me more
u give me so much pleasure too much presure
n it fell so sad when
u still care asking me why

u dream of being the most so called beautifool,beautifool,beautifool
tonight..go out like that n make a fool of yourself
u dream of being the most so called beautifool,beautifool,beautifool
tonight..go out like that n make a fool of yourself

i would love to give u everything every tone every tune
n i would fall if u wont stop loving me more

u..so so beautifool,so be a good girl
n dont walk like that n make a fool of yourself


Ini sekadar Karutan..(^_^)v

Tuesday, January 19, 2010

Bagaimanakah...





Bagaimana???? fikir-fikirkan lah....

Wednesday, January 06, 2010

Nilai dan Harga...











Nilai...
bukan nilai kat negeri sembilan..ataupun mengenai nilai 3 tempat makcik-makcik dan emak-emak
suka membeli dan blah.
apakah itu nilai?..

nilai boleh dikelaskan kepada 5:

1-humanisme..
2-pensekularan
3-menyejagatkan
4-etika
5-wang


Nilai..sifat kemanusiaan...
Nilai..kehidupan duniawi, sekularisasi..
Nilai..alam, sejagat
Nilai..etika.perinsip, akhlak/adat
Nilai..alat pertukaran yang mempunyai nilai-nilai tertentu boleh ditukar ganti..





 



 


Harga...
ini bukan tuk kira-kira, seperti harga gula yang naik..
atau harga minyak satu ketika dahulu......

Harga boleh ditarif kepada 5:
1-ketengan
2-belian
3-eceran
4-catut
5-ecer

Harga..bayaran atas satu jual beli..
Harga..kos kepada sesuatu perkhidmatan...
Harga..RM?? $$?? ruppiah?..yen??euro??
Harga..persahabtan?? kepercayaan?? kasih sayang??


Nilai dan Harga...

seringkali dikaitkan dengan..
Nilai dan Harga Diri..
Nilai dan Harga Barangan..
Nilai dan Harga Persahabatan..
Nilai dan Harga kasih Sayang?...
Nilai dan Harga..........


bercakap pasal nilai dan harga...
berapakah nilai anda??
berapakah harga anda..??
berapakah nilai aku??
berapakah harga aku..??


bernilaikah?? berhargakah??..

p/s: tak terharga sesuatu yang tak ternilai, maka, perkara tiada nilai perkara yang tiada harga itu..

sumber rujukan...kamus dewan bahasa dan pustaka edisi 4.....

Tuesday, January 05, 2010

SeLamaT paGi...

entry nie ditulis tidak lah pagi sangat...dalam pukul 10.21 pagi, 5/1/2010...

Jom menyanyi...

Bangun Pagi...
Gosok gigi...
Basuh muka..
Terus mandi..
Pakai baju...
Minum Kopi..
Pergi sekolah..
Senang hati..

pepagi bangun gan senang hati...
terigat masa sekolah dulu, ye la, sekolah harian jer...tak bijak nak masuk MRSM atau Asrama...
tapi seronok sekolah harian biase nie.....





jom start log...Are you ready..start your engine...


Bangun pagi...
ya..aku bangun dalam kul 0600.. kalau bonda tercinta sayang lebih kul 0530 dia dah kejut...tapi aku tetap turun katil kul0615...malas bangun tu pon kalau kena mara..kalau tak..0630...

Gosok Gigi...
 mase bebudak dulu...pemalas gosok gigi..kalau gosok pon..setakat 2-3 kali tonyoh(sental)....

Basuh muka...
Basuh muka kat skinki dapur jer...sebab nak kejar bonda dan ayahanda..nak salam amek restu sebelum diaorang keluar pergi kerja...Mereka keluar dalam jam 0615..selepas kejut aku bangun...ok fine...kejar nak mintak duit belanjer..dapat la dalam rm1 mase darjah satu...darjah 4 naik rm1.50...tingkatan1, aku dapat rm2..tingakatan 3 naik rm3...tp aku tak puas hati..adik aku dlm rm20 tuk seminggu masa dia tingkatan 4 dan 5...aku sekolah xpenah dapat banyak macam tu....

Terus Mandi..
comfrom aku takan mandi bilik air belakang...sebab sejuk tak ada water heater...kalau kena mandi kat belakang gak..aku masak air...letak dalam baldi..huhuhu...mandi paling kejap...3kali siram sudah cukup...

Pakai Baju..
Baju putih seluar biru mase sekolah rendah, tak reti pakai deodoren lagi..ketiak tak bau lagi...tali pinggang pon tak pakai...budak-budak...mase sekolah menengah...pakai baju putih seluar hijau..tie merah..dah reti pakai tali pinggang, pakai minyak wangi sikit...pakai baju mesti 2 lapis...pakai singlet or baju putih kat dalam..ingat lagi aku penah pakai baju putih ade gambar pooh...huhuhu...mase sekolah menengah nie antara paling lame...setting rambut...dah la rambut ketak...macam meggi..kalau tak sikat..tak macho lak kan...huhuhu..

Minum Kopi...
Dulu aku tak minum kopi...pagi-pagi...bonda dah siapkan milo, tak pon dia suro maid aku siapkan..kalau dia dah terlambat...tapi biase nya..atas meja ade roti, milo tak pun susu kotak gan kokocrunch....huhuhu

Pergi sekolah....
part nie....antara suka atau tak....memang malas pergi sekolah..tapi sekolah antara yang menyeronokan terutama mase sekolah menengah...dulu mase sekolah rendah, darjah 1 dengan 2...naik basikal dengan akak aku, tapi darjah3 akak aku sekolah menengah...aku pergi sendiri jalan kaki....adik aku...dia sekolah petang, aku sekolah pagi...tak sama...mase sekolah menengah tingkatan 1 jalan kaki, tingkatan 2 naik basikal...tp tingkatan 3,4,5 jalan kaki balik...sebab leh jalan ramai2 gan kawan...kalau aku lambat...aku jalan gan amoi budak kelas aku....huhuhu...

Senang Hati..
yeaaaaaaa....aku tengah senang hati....








sekolah ku dulu...
Moto: Maju Terus Maju Ke Arah Kecemerlangan......
p/s: aku masih tak tau nak buat ape dengan blog nie...