Friday, May 07, 2010

Coretan Perundung Hiba..

kelam ku...gelap ku..
aku tidak tahu akan langkah ku...
aku tidak tahu akan hidup ku..

Tidakku menduga akan ia terjadi, ku sangka ia mimpi namun ternyata pipiku sakit bila di cubit.
lidah ku kelu. Menangis jiwa ku tanpa ku duga. Kini adakah yang ada didepan ku hanya wayang semata-mata. Hebat mereka yang bermain bercerita dongeng itu. Seperti syaitan bertopengkan malaikat mengaburi mata hati ku

Kini aku menangis dalam hilai tawa.
Kini aku mejerit sakit dalam keriangan.
Kini aku kesedihan dalam kegembiraan.
Kini aku hanya berpura-pura bahagia.

aku mendengar sesuatu yang ku tidak mahu dengar,
aku ketahui sesuatu yang selama ini ku takut tahu,
ingin ku pekakkan telinga...ingin ku butakan mata,
namun aku masih mendengar aku masih mengetahui.

Benar kata lemony Snicket dimana kehidupan ini ibarat sebuah kolam yang tenang, jika dicampakan kedalamnya sesuatu yang kecil seperti batu kerikir yang kecil. Bulatan geombang kocakkanya akan pergi tersebar keseluruh kolam, dimana ia akan merubah seluruh kehidupan, kali ini buka kerikir yang dilemparkan tetapi batu bata yang keras lagi besar. bukan sahaja bakal merubah tapi menyakitkan.

permainan ini sungguh berat bagi ku..
tidak sanggup aku bermain kerana ia akan mengecewakan
tidak ku sanggup insan ku sayang menitiskan lagi air matanya
tidak ku sanggup permata sinar hidupku kembali berduka

aku cuma ingin dia bahagia
aku tidak lagi ingin derita

Ya Allah, engkau tuhan yang ESA
Engkau maha berkuasa, Engkau lenyapkanlah segala perasangka ku,
Engkau kembalikan lah milik kami dan Engkau lenyapkanlah masalah kami
Engaku hilang derita dan kembalikan senyuman kami

Ya Allah, Aku berlindung mu,
Aku mengharap belas ehsaan MU..
Jangan Engkau biarkan ia musnah,
Jangan pula Engkau biarkan kami terus menderita.

Sesunguh nya kami hamba mu yang lemah,
mudah digoda oleh iblis yang Engkau laknat itu,
Engkau selamatkan mereka
kerana Engkau tuhan yang berkuasa.

No comments: